Tuesday, 26 April 2011

Majlis Pertunangan Hana The Gorgeous



Alhamdulillah.. Pada tanggal 23 April 2011 yang lalu, seorang anggota kumpulan
The Gorgeous, Hana telah pun selamat bertunang dengan pria idamannya, Che Arm. Majlis pertunangan itu telah dilangsungkan di rumah Hana yang bertempat di Taman Paroi Jaya, Negeri Sembilan..



Majlis yang sederhana gemilang itu turut dihadiri dan dimeriahkan oleh ahli-ahli
The Gorgeous.. Antara yang menarik pada majlis tersebut adalah acara jejak kasih di antara pasangan kembar Syida dan Syamin :D



Untuk pengetahuan kalian, gathering
The Gorgeous sempena majlis pertunangan ini adalah gathering The Gorgeous yang kedua terlengkap selepas gathering semasa Youth'10 pada tahun 2010..



Tambahan lagi, pada gathering-gathering The Gorgeous sebelum ini, ada saja ahli -ahli yang terpaksa ponteng dan MC :D



Akhir kata, bagi pihak The Gorgeous sendiri, saya ingin mengucapkan selamat bertunang kepada Hana dan pasangannya.. Semoga segala perjalanan kalian untuk melangkah ke jinjang pelamin Raja dan Ratu Sehari dilancarkan dan dipermudahkan oleh-Nya.. Amin~



Yang dah terbau nasi minyak;
ENYHEARTSDIAMOND

Saturday, 2 April 2011

Kembar Liyana Jasmay mahu berlakon?


Kalau tak percaya, sila klik Biar Betul dan like berita sensasi tersebut untuk membaca kisah yang selanjutnya :))

BIAR BETUL!

❤ Please Bring Us To The Island! ❤