Thursday, 7 March 2013

Setelah beberapa ratus hari



Setahun lebih blog TG and Friends ni terbiar. Dalam jangka masa terbiar tu tak sangka macam macam dah berlaku.

Recent update (which is so not recent):

As we all know, Hana is married to Che Arm - a blogger too. Wink.

Eyka is married to Boy. Both Eyka and Hana kahwin umur 22 kalau tak silap.

Sis Intan is engaged to Irfan and soon mereka akan berkahwin. Hip hip hurrayh! :)

And as for Akmall, Eny and me, we are still single hiks ;) Dan hanya Eny, Sis Intan dan I sahaja yang masih belajar. Yang lain semuanya sudah berkerjaya. Rasanya Sis Intan pun final semester jugak macam I.


Anyway, kami jarang jumpa tapi kami rapat juga di laman sosial. Selalu plan nak jumpa dan selalu juga tak jadi. Dan kalau jadi pun mesti tak cukup orang :( :( Antara kami semua, sis je yang jauh dari kami semua. Namun begitu, kami yang lain tercampak di Lembah Klang selalu juga tidak berjumpa hehe. Dan selalu yang takde tu mestilah the writer ni, ahem.


Kalau ada rezeki untuk berjumpa, insyaAllah. Mana tahu kan :)

Tapi untuk wedding Sis Intan ni memang tak dapat pergi sebab cousin kahwin tarikh yang sama sobs.

Monday, 11 July 2011

Majlis Pertunangan Pojiepooh dan Nemomimosh

Hampir sebulan The Gorgeous tidak menulis entri.. Jadi, daripada membiarkan blog ini bersawang dan sunyi, lebih baik saya bercoret-coret sedikit tentang Majlis Pertunangan Pojiepooh dan Nemomimosh yang telah berlangsung pada tanggal 3 Julai 2011 yang lalu..

Majlis tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang daripada kami iaitu...

Dari kanan; Akmall, Hana, Eyka, Eny dan Syafiq..



Tapi, Syafiq bukan ahli The Gorgeous tau ;)

Rata-rata di antara kami tidak tahu jalan untuk ke lokasi di mana majlis tersebut diadakan, namun, mujur lah ada Che Arm.. Beliau lah yang telah mengetuai konvoi kami ke sana..



Selain daripada nama-nama yang telah ditulis tadi, Ahmad Buibui dan Encik Tikus pun turut menghadiri majlis ini bersama-sama dengan kami ;)

Buat pengetahuan kalian, Eyka dan Hana telah pun menulis entri tentang majlis ini di blog masing-masing.. Untuk membaca entri-entri tersebut, sila klik link di bawah ini;

Jodoh Blogspot

Jodoh Blogspot 2

Pandai-pandai je Hana buat entri sambungan kan? :p

Kalau begitu, biar saya buat entri kesimpulan..

Tehee!



Comel betul pasangan tunangan ini!

Semoga mereka berdua akan kekal bahagia sampai bila-bila!

Amin~

Monday, 20 June 2011

"Dear, Akmall Arief! Get well soon!"



Semalam, pengasas dan pengurus The Gorgeous, Encik Psychopath atau nama sebenarnya Akmall Arief telah dimasukkan ke wad 25, Hospital Klang akibat demam denggi.. Jadi, marilah kita sama-sama mendoakan beliau agar beliau cepat sembuh daripada penyakit yang dibawa oleh nyamuk Aedes itu..


Untuk Akmal Arief, terimalah petikan hadis berikut sebagai kata-kata pendorong buat kamu;

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”

(HR. Bukhari-Muslim)


Maknanya;

"Penyakit yang datang dalam tubuh seseorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya."


Jadi, anggaplah sakit ini sebagai hikmah dan nikmat untuk kamu..


Kepada kawan-kawan dan kenalan beliau yang berada di kawasan yang berdekatan dengan Hosital Klang, pergilah melawat beliau di wad tersebut..


Semoga kehadiran kalian dapat memberikan keceriaan kepada beliau untuk lekas sembuh..

❤ Please Bring Us To The Island! ❤