Monday, 11 July 2011

Majlis Pertunangan Pojiepooh dan Nemomimosh

Hampir sebulan The Gorgeous tidak menulis entri.. Jadi, daripada membiarkan blog ini bersawang dan sunyi, lebih baik saya bercoret-coret sedikit tentang Majlis Pertunangan Pojiepooh dan Nemomimosh yang telah berlangsung pada tanggal 3 Julai 2011 yang lalu..

Majlis tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang daripada kami iaitu...

Dari kanan; Akmall, Hana, Eyka, Eny dan Syafiq..



Tapi, Syafiq bukan ahli The Gorgeous tau ;)

Rata-rata di antara kami tidak tahu jalan untuk ke lokasi di mana majlis tersebut diadakan, namun, mujur lah ada Che Arm.. Beliau lah yang telah mengetuai konvoi kami ke sana..



Selain daripada nama-nama yang telah ditulis tadi, Ahmad Buibui dan Encik Tikus pun turut menghadiri majlis ini bersama-sama dengan kami ;)

Buat pengetahuan kalian, Eyka dan Hana telah pun menulis entri tentang majlis ini di blog masing-masing.. Untuk membaca entri-entri tersebut, sila klik link di bawah ini;

Jodoh Blogspot

Jodoh Blogspot 2

Pandai-pandai je Hana buat entri sambungan kan? :p

Kalau begitu, biar saya buat entri kesimpulan..

Tehee!



Comel betul pasangan tunangan ini!

Semoga mereka berdua akan kekal bahagia sampai bila-bila!

Amin~

Monday, 20 June 2011

"Dear, Akmall Arief! Get well soon!"



Semalam, pengasas dan pengurus The Gorgeous, Encik Psychopath atau nama sebenarnya Akmall Arief telah dimasukkan ke wad 25, Hospital Klang akibat demam denggi.. Jadi, marilah kita sama-sama mendoakan beliau agar beliau cepat sembuh daripada penyakit yang dibawa oleh nyamuk Aedes itu..


Untuk Akmal Arief, terimalah petikan hadis berikut sebagai kata-kata pendorong buat kamu;

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”

(HR. Bukhari-Muslim)


Maknanya;

"Penyakit yang datang dalam tubuh seseorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya."


Jadi, anggaplah sakit ini sebagai hikmah dan nikmat untuk kamu..


Kepada kawan-kawan dan kenalan beliau yang berada di kawasan yang berdekatan dengan Hosital Klang, pergilah melawat beliau di wad tersebut..


Semoga kehadiran kalian dapat memberikan keceriaan kepada beliau untuk lekas sembuh..

Tuesday, 26 April 2011

Majlis Pertunangan Hana The Gorgeous



Alhamdulillah.. Pada tanggal 23 April 2011 yang lalu, seorang anggota kumpulan
The Gorgeous, Hana telah pun selamat bertunang dengan pria idamannya, Che Arm. Majlis pertunangan itu telah dilangsungkan di rumah Hana yang bertempat di Taman Paroi Jaya, Negeri Sembilan..



Majlis yang sederhana gemilang itu turut dihadiri dan dimeriahkan oleh ahli-ahli
The Gorgeous.. Antara yang menarik pada majlis tersebut adalah acara jejak kasih di antara pasangan kembar Syida dan Syamin :D



Untuk pengetahuan kalian, gathering
The Gorgeous sempena majlis pertunangan ini adalah gathering The Gorgeous yang kedua terlengkap selepas gathering semasa Youth'10 pada tahun 2010..



Tambahan lagi, pada gathering-gathering The Gorgeous sebelum ini, ada saja ahli -ahli yang terpaksa ponteng dan MC :D



Akhir kata, bagi pihak The Gorgeous sendiri, saya ingin mengucapkan selamat bertunang kepada Hana dan pasangannya.. Semoga segala perjalanan kalian untuk melangkah ke jinjang pelamin Raja dan Ratu Sehari dilancarkan dan dipermudahkan oleh-Nya.. Amin~



Yang dah terbau nasi minyak;
ENYHEARTSDIAMOND

Saturday, 2 April 2011

Kembar Liyana Jasmay mahu berlakon?


Kalau tak percaya, sila klik Biar Betul dan like berita sensasi tersebut untuk membaca kisah yang selanjutnya :))

BIAR BETUL!

Thursday, 20 January 2011

pertemuan pertama TG awal tahun 2011 ^__^



pernah dengar blog the gorgeous and friends tak? dalam kurungan "TG" hihihi blog ni memang tak femes..so aku tak kisah lah kalau ramai tak pernah dengar pun.... -__-" ok boleh click sini kalau anda semua ada sifat2 ingin tahu....

hehehe nama group takbleh bla kan? HAHAHA tanya lah manager kami kenapa dia letak nama the Gorgeous tu....lalalala~

err ok! asal usul nama tu tak penting sangat, pe yang penting kat sini......"kerjasama" *err macam kenal bunyi tu. ok fine, takpayah nak wonderpet sangat lah kan..... (?) paling penting yang korang perlu tahu ialah macam mana kami boleh bersama...



"ce citer eyka..ce cite!"

"Ok, kami semua bukan lah kenal each other pun kat dunia realiti pada mula nya. Perkenalan kami hanya lah di dalam blog. Yess, kami hanya bertegur di alam maya saja. Dapat bertemu muka ke muka pun semasa masing2 menghadirkan diri semasa event Nuffnang tempoh hari. ( kalau tak silap aku ahh :P ) . And sejak detik itu, kami mula jadi rapat, dan yang pasti...kami semua adalah terbuka! hihi ^__^ terbuka dari segi apa? wahhh! soalann.....HAHAHHAHA ok, itu tak tahu nak explain macam mana :P "

so ini lah 1st meet kami untuk tahun 2011 ni. serius aku ingat semua adaa! rupe nya takkkk! sedih okay!! Takpelah...jom layan gambar perjumpaan pertama tahun ni. banyak gambar candid sebab ada paparazi kat situ..heeee


*sorry eny... sorry syida kalau buat korang jeles tengok gambar kat bawah ni... :P



"sorry i banyak buat asap malam tu...i nak release tension sebab makwe i tak dapat join mini gath kite ni..." kata encik psychopath :P







"ehh awak nak buat asap jugak ke hairi? kalau nak buat asap sila duduk jauh2..."
kata intanurulfateha kepada hairi yang tak sabar nak buat asap jugak..



Bro hairi memang degil dan taknak berganjak dari situ..lalu melepaskan rindu segala yang di sedut nya maka, terhasil lah kepulan asap seperti di dalam gambar.... gila kentang asap dia weyh!! =__="

yer...aku ngan hana je yang tak layan shisha malam tu...mood kami lebih ke arah makanan ~ perut lapar kottt. kalau layan shisha dapat apa? heeeee so better makan! perut pun kenyang! HAHAHA betul tak hana?! :P

happy muka hana dapat makan.... mula2 dia cakap nak diet! ehem! tak payah lah nak diet-diet... awak tu dah cukup ramping dahhh...lalala~




Muka encik pyschopath yang terliur melihat kami berdua makan...dia rasa lapar lagi kot. Padahal dah habiskan sorang2 sepinggan errr... sepinggan apetah dia makan tu... lupe plak! :P




.....

..

..

..


hihihihi gelak guling guling kejap. okay sambung! :P


HAHAHAHA ! haaa....terkejut tengok muka sorang (termasuk lah aku) bila gambar di tangkap secara senyap.. huhu...



thanks dekat "Ary" ehem ehem..sebab bergerak sebagai jurugambar malam tu..... :)

"akmal...takmo dah buat macam tu eh...jangan menyelit k kalau orang tengah bergambar...takmo..takmo...takmo buat dah eh...." hihi :P

kat bawah ni semua nya candid , serius tak banyak gambar yang betul2 di ambil dengan rela hati...HAHAHA masing2 nak berboooooooraaaakkkkkkk je masa tuh! rindu la kata nyaaa.. ^_^

"eyka....eyka taknak shisha ke? sis nak try lah...macam best je tengok akmal ngan hairi isap bende alah tuu......"

"taknak lah sis...buibui marah lah...dia pesan jangan isap shisha kalau dia takde..."

"erk? dia takde je tak boleh isap?? dia ada boleh la??"

*angguk tanda setuju :D

"fuuuu....."
selepas seminit huk huk huk" *sis intan terbatuk :P

"haaa...padan muka....orang dah kata jangan isap....degil betul..."


kikiki...style tak dialog eyka? kah kah kah! okay jangan marah yea semuaaaa! kalau ada yang marah tu mesti faktor umur (dah tua!) HAHAHAHA lariiiiiii :P

btw, thanks sebab memahami keadaan eyka masa ni :')

To the gorgeous :

Akmal : thanks sebab tahan telinga sepanjang dalam kereta.
Sis and Bro : thanks sebab belanja!!
Hana : thanks for da picture!
Eny and Syida : Ok, nextime u ols wajib ada tauu!

Miss u guys!! ♥

p/s : Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.

Friday, 7 January 2011

.i miss all of em'!

Rindu dekat 2 orang adik I, Eyka & Hana neh. Time ni, Akmall pun ada. Lepak shisha beberapa hari lepas di tempat yang di rahsia kan. :-P Ntah bila geng The Gorgeous dapat lepak dengan lengkap. Bila jumpa, mesti ada yang kurang. Haish.. =.=" Harap harap next plan akan berjaya. Rindu Eny dan Syida jugak!

I MISS ALL OF EM'!

Harapan Hanya Impian







Harapan ku yang menggunung

Cita-cita dan impian

Di detik ini terapung

Tanpa hala tujuan



Kau mencari diriku

Ku mencari dirimu

Mana hilangnya kemanisan dulu



Musim dan hari berganti

Kehidupan kian sepi

Mahligai indah kosong tiada berseri



Dekat tapi berjauhan

Demikian kenyataan

Ada garisan memisahkan



Bukan emas dan permata

Bukan kedudukan

Hanya perhatian

Dan secebis pengorbanan



Bukan sandiwara cinta

Bukan kata-kata

Yang ku minta kemesraan

Nan setulus cinta



Bertemu tanpa bicara

Bicara tiada senada

Satu seksaan yang mendera jiwa rasa



Sementara kita mencari

Masa berlari

Kasih yang bersemi

Dibiarkan terkulai sendiri



Segala harapan hanya

Tinggal impian

❤ Please Bring Us To The Island! ❤